Ir para conteúdo

AutoForum.com.br - Som automotivo e automóveis  - O fórum dos maníacos por som automotivo e automóveis
- Proibido conteúdo impróprio para menores em tópicos públicos: Nudez estrategicamente coberta; Roupas transparentes; Poses obscenas ou provocantes; Close-ups de seios, nádegas ou virilhas; (em cumprimento a normas do Google) Qualquer desvio, denuncie ao moderador.
- Usuários do Hotmail/Outlook/Msn - confira tutorial para receber emails do fórum;
- Qualquer problema em algum post, DENUNCIE ao moderador, utilize o link abaixo de cada post.
- Confira tutorial para enviar fotos. Tão fácil quanto um CTRL+V. 
- Campeonato SQ Excperience - Garagem 55 - Móoca - São Paulo/SP - domingo 26/Novembro/2023 *****

Entre para seguir isso  
marcelomoti

[f] Confira este Toyota Vios montado na Malásia

Recommended Posts

Confira este Toyota Vios montado na Malásia
15590130_1178641508879967_8885823636604119926_n.jpg?oh=a9636e34379dab06ed7b08be23b5adda&oe=58DFD534
Vios Caliber Mr Kang5 tahun bersama majalah Karhifi, apa yang boleh saya katakan, ini adalah kereta yang paling kemas pernah saya jumpa. Tak banyak kereta dibina untuk autoshow dan dijaga sebegini rupa. Kebanyakannya hanya cantik pada tahun pertama, masuk tahun kedua dan ketiga, nak buat sesi penjurian pun tak ada semangat. Sama ada kualiti kerja menyebabkan kondisinya teruk atau semangat pemilik yang semakin pudar untuk membelai kenderaan mereka.Sekali pandang, jentera Vios ini nampak sama dan tipikal dengan pengubahsuaian yang berkonsepkan autoshow. Namun apabila meneliti dengan lebih dekat, kita boleh letak level mana tahap pengubahsuaiannya. Kemas, teliti dan cukup bersih.Kereta ini dipasangkan dengan bodykit rekaan AL Motorsport Johor Bahru. Sebuah premis dengan kepakaran kerja custom yang terbaik di Malaysia. Sebagai tambahan, ia dilengkapkan dengan rim 19 inci Vienna dan untuk merendahkannya ke lantai japan, satu set suspensi jenis hidraulik digunakan. Mudah dan cepat untuk dilaraskan.Kesemua bahagian dalaman kereta ini dibalut dengan gaya VIP. Kulit berwarna cerah dan warna coklat gelap membalut hampir 100 peratus bahagian fabrik dan vinyl. Kerja-kerja kosmetik turut melibatkan aktiviti water transfer dengan corak kayu halus di bahagian yang dipilih menjadikan tema bahagian dalaman hidup dengan gaya klasik kontemporari.Bahagian audio pula menampilkan pemain Pioneer AVH-X555OBT sebagai penggerak utama. Walaupun ia pemain dengan fungsi DVD dengan skrin 7 inci ternyata ia tidak cukup dengan selera Mr Kang untuk menambah aura visual. Lebih 20 buah monitor dipasang di tempat strategik dengan cara yang berbeza-beza. Di atas dashborad, ia ditanam didalam kelongsong gentian kaca, di bahagian pintu, ia diselitkan di bahagian penal dengan susunan yang sangat kemas.2 unit pre-amp Caliber dan seunit crossover aktif dipasangkan sebagai sistem laras sekunder. Dari unit-unit ini ia disalurkan kepada 3 pembekal kuasa utama iaitu seunit amplifier monoblok dan 2 unit amplifier 2 channel, kesemuanya dari jenama Caliber.Seperti yang dapat anda lihat di bahagian but kereta ini, ia adalah satu pembinaan komponen audio yang cukup ekstensif. Amplifier monoblok tadi membekalkan kuasa secukupnya pada dua unit woofer 12” Caliber. Empat unit mid 6.5” dan dua unit horn tweeter juga melengkapi antara satu sama lain dengan mendapat staging kuasa dari amplifier 2 channel seperti yang disebutkan pada awal tadi.Kelengkapan bunyi ini sebenarnya tidak 'menjual' kereta ini secara keseluruhannya. Ia adalah sebahagian dari pakej pengubahsuaian dan tingkat-taraf menyeluruh yang menjadikan Vios ini cukup istimewa. Setiap inci bahagian diteliti, dipasang dan ditrim mengikut kehendak pemiliknya dan saya agak terkejut apabila diberitahu kereta ini sudah siap hampir 3 tahun lepas.Itu membuktikan hasil kerjanya memang bermutu tinggi. Baik dari segi penggunaan bodykit, warna, upholstery, audio, mahupun aksesori tambahan seperti roda dan sistem suspensi. Tengok ruang enjin pun buat hati berdebar, bersih, berkilat dan lebih bersih dari sebuah kereta baru di bilik pameran!Kesungguhan Mr Kang menyiapkan kereta ini memang wajar menadapat pujian. Satu lagi yang saya bangga, kereta ini dipandu hampir ke seluruh Malaysia (malah ke Thailand) untuk menyertai pertandingan audio dan autoshow. Tidak dinafikan, kalau saya jadi juri, kereta ini akan menjadi johan tanpa banyak soal.SpesifikasiPengeluar ToyotaModelViosHead UnitPioneer AVH-X555OBTAmplifier - 2 unit amplifier 2 channel Caliber- 1 unit amplifier monoblock CaliberSpeaker- 4 unit mid bass 6.5” Caliber- 2 unit horn tweeter 4” CaliberWoofer- 2 unit woofer 12” CaliberSetting SPLKos -Pusat PemasanganMegar Sound Car Auto Accessories & Air Cond; G-9, Blok Orkid 3, Jalan Murni 2, Taman Malim Jaya, 75250 Melaka. No Tel : 06 – 336 1023.

 

Veja a publicação original/mais informações

Compartilhar este post


Link para o post
Compartilhar em outros sites

Crie uma conta ou entre para comentar

Você precisar ser um membro para fazer um comentário

Criar uma conta

Crie uma nova conta em nossa comunidade. É fácil!

Crie uma nova conta

Entrar

Já tem uma conta? Faça o login.

Entrar Agora
Entre para seguir isso  

AutoForum.com.br

O fórum para os maniacos por som automotivo e automóveis

×
×
  • Criar Novo...